SMBM 1a

Sebahagian rakan persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas (SMKBM) yang hadir pada Majlis Reunion SMBM Ke 5 di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Dan Udara (KRAMSAU) Desaru, Pengerang di sini, semalam.

MEDIAKOTA 11 Dis. 2017 –                Pertemuan bekas pelajar Sekolah Menengah Bandar Mas sesi 1985-1989 selepas 28 tahun meninggalkan sekolah, membawa kenangan manis apabila mereka bertemu semula buat kali ke lima sempena musim cuti sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa majlis, Mohd Hanapi Kastimin berkata, majlis pertemuan semula itu meriah kerana berjaya mempertemukan 160 bekas pelajar dan 14 guru yang pernah menuntut dan mengajar di sekolah tersebut.

“Selain mereka yang menetap di Kota Tinggi, ada segelintir yang sudah berada di luar daerah ini sanggup hadir ke majlis ini semata-mata untuk bertemu dengan sahabat lama.

“Kita juga berusaha untuk mempertemukan semua bekas pelajar kerana ada antaranya tidak pernah bertemu selepas tamat persekolahan,” katanya yang ditemui di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Dan Udara (KRAMSAU) Desaru, Pengerang di sini, semalam.

DSC_6711 (2)Menurutnya, usaha menjejaki rakan sekolah dimulakan sejak empat tahun lalu (2010) dimana jumlah kehadiran meningkat dari tahun ketahun.

“Kita akan menjejaki rakan yang belum pernah menyertai ‘reunion’ kami khususnya mereka yang lahir pada tahun 1972 dan memastikan mereka dapat bersama memeriahkan majlis itu nanti,” katanya.

Selain cabutan bertuah dan pelbagai hadiah menarik untuk rakan-rakan yang hadir serta sumbangan kepada rakan yang kurang bernasib baik pada majlis tersebut.

SMBM 2

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Reunion SMK Bandar Mas, Mohd Hanapi Kastimin kanan) menyerahkan sumbangan iklhas rakan persekolahan yang kurang bernasib baik yang hadir pada majlis yang dianjurkan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Dan Udara (KRAMSAU) Desaru, Pengerang di sini, semalam.

DSC_6730 (2)DSC_6722 (2)

utusan 181217a

Utusan Malaysia [Isnin] 18.12.2017

Advertisements