WhatsApp Image 2017-12-02 at 13.27.05Kampung Tanjung Buai merupakan sebuah kampung nelayan di antara Sungai Johor dan Sungai Lebam. Aktiviti penduduk yang utama adalah nelayan.

Di Kampung Tanjung Buai, anda akan berada dalam dimensi kehidupan pantai dengan pemandangan indah Sungai Johor yang luas dan mempersonakan serta melegakan minda dan badan.

Terletak kira-kira 53 kilometer (km) dari Bandar Kota Tinggi dan 30km dari Bandar Penawar, Desaru dekat sini menjadi pilihan lokasi impian buat komuniti kaki pancing berikutan lokasinya strategik kerana kawasan berkenaan merupakan lubuk bagi spesies ikan seperti kerapu, pari, unga, sembilang, merah dan siakap.

Uniknya di kapung ini terdapat sebuah chalet homestay atas air dikenali JOJO RAKIT yang menyediakan penginapan untuk anda sekeluarga sambil bersantai melakukan aktiviti riadah dan memancing dengan seronok.

DSC_2369

Masjid An-Nur Kg Tanjung Buai

IMG_9495

_DSC1252jjr 1_DSC1242

Advertisements