_DSC1144

Sebahagian ibu bapa dan tetamu bergambar kenangan bersama peserta pada majlis perasmian Program Berkhatan Perdana Parlimen Pengerang 2017 di Lotus Desaru, Pengerang di sini, semalam.

MEDIAKOTA 3 dIS.-                  Penyertaan 101 kanak-kanak lelaki seawal usia lapan hingga 12 tahun pastinya menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan oleh mereka apabila menyertai Program Berkhatan Perdana Parlimen Pengerang 2017 di Lotus Desaru, Pengerang di sini, semalam.

Program yang dipelopori Penghulu Mukim Tanjung Surat, Azmir Mad Razuki itu melibatkan kerjasama Pejabat Majlis Agama Islam Kota Tinggi, Pejabat Ahli Parlimen Pengerang, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora).

AZMIR MAD RAZUKI (1)

AZMIR MAD RAZUKI

Menurut Azmir program julung kali dianjurkan ini melibatkan kanak-kanak terdiri daripada anak-anak asnaf serta mereka yang bermastautin serta ibu bapa yang bertugas di kawasan Pengerang.

Alhamdulillah dan syukur kerana program yang dijalankan ini merupakan hasil kerjasama yang cukup baik diberikan oleh pihak terlibat semestinya cukup dihargai oleh semua.

“Selain dapat membantu anak-anak dikalangan asnaf juga dapat mengeratkan siturahim antara pemimpin, masyarakat dan pihak berkuasa.

“Insyaallah jika diizinkan program ini akan diteruskan untuk tahun yang akan datang,” katanya.

_DSC1165Beliau ditemui berkata demikian selepas majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Ir Syed Sis Syed Abd Rahman.

Pada program tersebut kanak-kanak terbabit turut dimandikan di kolam renang Lotus Desaru sambil diawasi lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar sambil disaksikan lebih 200 tetamu sebelum dikhatan di Klinik Kesihatan Bandar Penawar dekat sini.

_DSC1175Sementara itu, Syed Sis berkata program seperti ini merupakan program yang baik dan memberi peluang kepada pihak berkuasa, pemimpin dan masyarakat berganding bahu untuk turut serta menjayakannya.

“Fokus utama melalui penganjuran sebegini adalah hubungan erat yang mampu dipupuk serta kerjasama daripada semua pihak,” katanya lagi.

MUHAMMAD AIMAN HAKIM NORASWANDY (1)

MUHAMMAD AIMAN HAKIM NORASWANDY

Seorang peserta Muhammad Aiman Hakim Noraswandy, 10, dari Felda Semenchu berkata, dia mengakui ada sedikit perasaan gementar namun hilang perasaan itu apabila ayah cakap berkhatan adalah wajib bagi lelaki Islam untuk menjaga kebersihan dan sakitnya cuma seperti digigit semut.

Rakannya, Ahmad Zafri Zulhaslam Hazali, 10, dari Kampung Tanjung Belungkor berkata, sebelum ke sini ibu ada membelikan video digital Upin dan Ipin berkhatan.

“Selepas menonton video itu, saya segera memberitahu ibu ingin bersunat dan dah boleh jadi orang bujang,” katanya.

MAS 3

Advertisements