KKBP 1

Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Pengerang, Syed Ben Bella Al-Habshee (berdiri tujuh dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pegawai dan pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar di Kampung Tanjung Serindit, Pengerang di sini, baru-baru ini.

MEDIAKOTA 2 Dis. 2017 –                Seramai 19 peserta yang terdiri daripada pelajar jurusan ‘building maintanance’ Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) menjayakan program CSR Touch Point Sempena Cabinet Away Day 2017 di Kampung Muhibah dan Kampung Tanjung Serindit di sini, baru-baru ini.

Menurut Pengarah KKBP, Lt Kol Bersekutu (PA) Tahir Leemat berkata, program ini merupakan satu bentuk latihan kepimpinan pelajar untuk mengasah bakat dalam menterjemahkan peranan dan fungsi kolej komuniti kepada masyarakat berkaitan ilmu yang dipelajari iaitu teknik dan vokasional.

LT KOL BERSEKUTU (PA) TAHIR LEEMAT (4)

LT KOL BERSEKUTU (PA) TAHIR LEEMAT

Katanya, selain bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan komuniti setempat, juga menjadi salah satu saluran sosial untuk membina serta mendorong para peserta menyemai semangat kekitaan, jati diri dan keprihatinan antara satu sama lain.

“Setiap peserta mempunyai latar belakang berbeza, jadi program sebegini dapat memberikan keseimbangan antara mereka dalam memahami kehidupan masyarakat setempat yang lain.

“Program tiga hari khidmat berbakti membantu masyarakat setempat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi termasuk membaik pulih rumah diduduki,” katanya yang ditemui di sini.

Yang turut hadir Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Pengerang, Syed Ben Bella Al-Habshee selaku wakil rasmi kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sementara itu, Syed Ben Bella berkata, usaha muni ini perlu diteruskan kerana melalui program itu pelajar dapat menyelami sendiri kehidupan masyarakat yang sebenar serta cabaran-cabaran yang dilalui oleh mereka.

_DSC0702“Pelajar juga berpeluang memantapkan diri dari segi insaniah untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan dan membentuk peluang untuk menyumbangkan ilmu serta kemahiran agar dapat dimanfaatkan bersama,” katanya.

Seorang pelajar, Muhd Nurhafiz Rozaini, 19, berkata, kami berasa seronok dapat berkongsi ilmu yang kami ada kepada masyarakat.

“Peglibatan pelaar dalam aktiviti sukarelawan sebenarnya dapat membentuk jati diri  dan pada masa sama dapat melahirkan warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara,” kata anak sulung daripada dua beradik dan berasal dari Taman Plentong Baru, Masai Johor Bahru.

TG SERINDIT 1TG SERINDIT 1AKKBP 2a

Advertisements