_DSC9475MEDIAKOTA 1 Dis. 2017 –                  Seramai 21 usahawan dan unit media sukarelawan Tenggara menyertai Bengkel Asas Fotografi Smartphone dan Produk Bisnes anjuran Pejabat Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) DUN Panti di Resort Air Terjun Kota Tinggi di sini, baru-baru ini.

Pegawai Pejabat JPMM Dun Panti, Abd Jalil Hakim berkata, acara julung kali yang dianjurkan itu mendapat sambutan menggalakkan kerana bukan sahaja dikalangan usahawan dan unit media sukarelawan tempatan malah penggemar fotografi luar juga turut hadir.

Seorang peserta, Nurul Firdaus Ibrahim, 35, berkata, minat dalam bidang fotografi mendorongnya untuk hadir bagi bersama-sama dengan rakan usahawan dan penggemar fotografi.

_DSC9406“Saya rasa bertuah kerana bukan sahaja perkongsian tip untuk mendapatkan gambar yang menarik, malah lokasi pembelajaran pun cukup selesa dan sesuai untuk mengambil gambar,” katanya mewakili rakan Unit Media Sukarelawan Tenggara.

Patugas Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) Bandar Tenggara, Nurhaliza Zainal Abidin, 33, berterima kasih kepada penganjur khususnya kerana memberi peluang dan pendedahan mempelajari teknik yang betul mengambil gambar.

“Kesempatan yang diberikan untuk turut serta begitu dihargai. Sekurang-kurangnya kami dapat mempelajari bagaimana cara merakam gambar yang bersesuaian untuk dijadikan bahan dokumentasi serta produk,” katanya.

_DSC9338Buat Rashidi Shaari Jamaluddin, 40, berkata, mempelajari bidang fotografi memerlukan kemahiran dan masa yang panjang, namun melalui bengkel ini, kami hanya perlukan masa yang singkat untuk mendapat segala maklumat.

“Tip dan komposisi untuk merakamkan gambar amat penting dalam bidang fotografi, justeru kesempatan yang diberikan amat bermakna buat peserta. Insya-Allah, segala informasi yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin,” katanya yang merupakan usahawan cafe makanan barat dari Kluang,

_DSC9323Bengkel sehari itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti merangkap Timbalan Speaker Negeri, Datuk Baderi Dasuki dan dikendalikan oleh pensyarah bahagian IT dari Kolej Komuniti Bandar Penawar, Azhar Abdul Hamid dan dibantu jurufoto dan penulis bebas dari MediaKota.

Baderi dalam ucapannya berkata, program ini diadakan bagi mengangkat objektif memperkasa kemahiran fotografi dan dalam masa yang sama, peserta kursus juga memperolehi asas penggunaan kamera smartphone dan DSLR serta menguasai teknik-teknik fotografi selari dengan perkembangan dunia fotografi masa kini.

“Bengkel yang bersifat interaktif ini dilihat memberi peluang kepada peserta untuk mengasah bakat yang terpendam disamping meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dalam menghasilkan gambar yang berkualiti,” katanya._DSC9355_DSC9349

_DSC9500_DSC9499_DSC9493_DSC9497

Advertisements