hairul haizad (1)

Mohammad Hairul Abdullah (kiri) dan Muhammad Haizad (kanan) yang di temui di sini semalam.

MEDIAKOTA 30 Nov.-           Sepasang suami isteri dari Taman Bayu Damai, Pengerang di sini, ingin mengesan ibu kandung kepada dua beradik, Mohammad Hairul Abdullah dan Muhammad Haizad yang ditinggalkan kepada mereka kira-kira enam tahun lalu.

Amirul Raffi Alizan, 25, memberitahu, kanak-kanak itu kini yang berusia enam dan tujuh tahun ditinggalkan kepada mereka oleh ibunya sendiri bersama sekeping sijil kelahiran yang dicatatkan sebagai bukan warga negara dan maklumat ayah tidak diperoleh.

“Dalam surat beranak itu, ha­nya tercatat nama ibu, Nuraini Mohamed Rashid, warga Singapura beralamat di No 02-18 Blok 20, Taman Cempaka, Tampoi, Johor Bahru, diserahkan kepada ibu mentua saya, Sedia Made, 52, ketika Mohammad Hairul berusia lebih kurang tiga minggu dan abangnya, Muhammad Haizan berusia satu tahun.

“Ibu mentua mengenali ibu kan­dung kanak-kanak ini daripada kawan-kawan, pada ketika itu dia memberitahu hendak balik ke Singapura melawat keluarganya dan sejak hari itu dia tidak pulang mengambil mahupun menjenguk anaknya,” katanya yang di temui di sini, semalam.

Menurut Amirul, dia dan ibu mentuanya sememang­nya menyanyangi dua beradik ini malah sudah menganggap mereka sebagai ahli keluarga namun tidak menyedari surat beranak dua beradik yang berstatus bukan warganegara merah tidak boleh digunakan untuk urusan rasmi termasuk pengambilan anak angkat yang sah tanpa kehadiran ibu kan­dungnya.

“Kea­daan itu menyukarkan kami untuk membuat permohonan untuk men­jadikan Mohammad Hairul damn Muhammad Haizad sebagai anak angkat yang sah selain urusan persekolahan.

“Sejak dari dahulu lagi, kami berusaha mencari ibu kandung kanak-kanak ini di Singapura tetapi gagal menemuinya,” katanya.

Dia mengharapkan Nuraini atau sesiapa yang mengenalinya menghubunginya ditalian 018-3174023 supaya semua masalah berkaitan dapat diselesaikan, termasuk mendapatkan kad pe­ngenalan.

cari ibu (2)

Amirul Raffi Alizan (kiri) bersama ibunya Sedia Made (kanan) serta dua beradik Mohammad Hairul (kiri) dan Muhammad Haizad (kanan) yang di temui di sini semalam.

Advertisements