_DSC0394MEDIAKOTA 27 Nov.-               Pendidikan merupakan teras utama dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dari sudut sahsiah dan akademik.

Namun, jangan terlalu bergantung kepada guru sahaja, sebaliknya ibu bapa perlu memainkan peranan penting mendidik anak-anak terutama sekali zaman teknologi internet dan zaman media sosial.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, terlalu banyak keburukan aplikasi seperti WChat sehingga boleh menyebabkan terjebak dengan jenayah seksual kanak-kanak.

Justeru itu, ibu bapa perlu sama-sama memantau perkembangan dan aktiviti harian anak-anak. angan biarkan mereka terlalu bebas.

_DSC0397Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Peruntukan Kepada PIBG Sekolah Dalam Parlimen Pengerang di Dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Mas di sini, kelmarin.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Syed Sis Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak.

Pada majlis itu Azalina menyampaikan ‘Mock Cheque’ berjumlah RM259,000 kepada 61 Yang DiPertua PIBG sekolah termasuk sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Turut disampaikan 500 buah beg sekolah serta bantuan persekolahan kepada murid dan pelajar dari seluruh sekolah dalam parlimen Pengerang.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, peruntukan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu PIBG sekolah dalam merencanakan program-program pembangunan untuk anak-anak.

“Saya juga berharap agar bantuan persekolahan kepada anak-anak ini dapat meringankan beban ibu-bapa dan menyemarakkan lagi semangat anak-anak untuk kembali ke sekolah,” katanya.

_DSC0398

_DSC0403_DSC0407

Advertisements