MEDIAKOTA 26 Nov. 2017 – Sebanyak 360 surat tawaran perumahan untuk generasi kedua Felda Sungai Sibol dan Felda Penggeli Timur diserahkan pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Sibol di sini semalam.

Surat tawaran tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Wira Halimah Mohamed Sadique.

Yang turut hadir Timbalan Speaker Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki, Ketua Zon Taib Andak, Abd Rozak Marzuki, Pengurus Felda Sungai Sibol, Mahat Amit dan Pengurus Felda Penggeli Timur, Aswad Osman.

_DSC0459

MOHD IZAZULHISAM

Ketua Jabatan Perancangan Perumahan Felda Sdn Bhd, Mohd Izazulhisam Mat Hussin berkata, penyerahan surat tawaran perumahan ini adalah sebahagian daripada 20,000 unit rumah yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada PRU 13 sebelum ini.

 

Menurutnya, untuk fasa pertama sebanyak 8,454 unit rumah telah dibina diseluruh tanga rancangan Felda dimana daripada jumlah tersebut 2,574 unit diserahkan pada tahun 2017 melibatkan 11 kawasan Felda.

“Untuk negeri Johor melibatkan tanah rancangan Felda Inas, Kulai (200 unit), Felda Sungai Sibol (180 unit) dan Felda Penggeli Timur (180 unit).

“Keutamaan surat tawaran perumahan ini diberi kepada belia yang menetap di tanah rancangan dan sebahagian kepada mereka yang menyewa di sekitar sini,” katanya yang ditemui di sini.

DATUK WIRA HALIMAH MOHAMED SADIQUE (1)

DATUK WIRA HALIMAH  MOHAMED SADIQUE

Dalam pada itu, Halimah berkata, dalam konteks Felda Sungai Sibol dan Felda Penggeli ini ia adalah satu projek taman perumahan baharu dalam tanah ranccangan Felda bagi anak-anak generasi kedua.

 

Halimah berharap, pembinaan 360 unit rumah tiga bilik dan dua bilik air yang berkeluasan 1,000 meter persegi itu tidak berakhir di sini sahaja kerana anak-anak generasi kedua ini ramai di setiap tanah rancangan seluruh negara malah ada sampai kepada generasi yang ketiga.

“Saya mencadangkan kepada pihak Felda apabila membuat taman perumahan yang baharu perlulah menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti padang, tadika, dewan, surau, rumah kedai dan sebagainya.

“Ini adalah antara keperluan asas yang perlu dibangunkan bersama dalam perancangan perumahan taman bagi anak-anak generasi kedua pada masa akan datang,” katanya.

Bagaimanapun kami amat berasa gembira kerana hari ini hadir bagi menyerahkan surat tawaran kepada 320 kepadan anak-anak generasi kedua dan mereka sangat teruja datang menerima surat tawaran tersebut.

DATUK BADERI DASUKI (10)

DATUK BADERI DASUKI

Sementara itu Timbalan Speaker Negeri merangkap ADUN kawasan Panti, Datuk Baderi Dasuki mengharapkan supaya anak-anak peneroka yang telah ditawarkan memiliki rumah masing-masing pada hari ini  mengambil peluang dengan tidak menolak tawaran ini kerana ia tidak akan ada lagi kemudahan yang akan ditawarkan oleh kerajaan pada masa akan datang.

 

“Jadi ambillah semua ini sebaik mungkin demi masa depan generasi Felda Sungai Sibol dan Felda Penggeli Timur,” katanya.

 

RUMAH 2 (2)_DSC0409_DSC0412

Advertisements