_DSC0291MEDIAKOTA 26 Nov. 2017 –         Seramai 38 kanak-kanak di sekitar tanah rancangan Felda Simpang Waha dekat sini terlibat dalam Program Berkhatan Beramai-ramai di Sekolah Agama Darul Ulum Felda Simpang Waha di sini hari ini.

Program itu dianjurkan Persatuan Belia MBFM Felda Simpang Waha dan sekolah agama itu dan mendapat kerjasama daripada Hospital Daerah Kota Tinggi (HKT).

Program bermula pukul 8 pagi dengan acara perarakan menaiki tandu yang dijunjung oleh bapa masing-masing sebelum disirami dengan pancutan air oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi.

Pengerusi Persatuan MBFM Felda Simpang Waha, Fazly Ismail berkata, program julung kali dianjurkan itu melibatkan peserta berumur enam hingga 12 tahun.

“Sambutan pada hari ini amat meriah kerana lebih 200 masyarakat hadir terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka.

“Jadi, saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam mendekatkan lagi ukhuwah antara penduduk di sini,” katanya.

Turut hadir merasmikan majlis tersebut ialah wakil rasmi kepada Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsannudin Mohd Harun Narrashid, Misran Tukiman.

BERKHATAN 1

_DSC0281

BERKHATAN 2a

Advertisements