APA-FUNGSI-TRIPOD-APA-PERLUNYA-MENGGUNAKAN-TRIPODKamera sangat sensitif pada gerakan dan gegaran. Sekecil mana sekalipun gerakan dan gegaran akan mempengaruhi hasil rakaman foto seperti menjadi blur atau kabur yang tidak diharapkan.

Justeru kegunaan TRIPOD adalah sangat penting dalam proses merakam gambar. Tripod amat mudah untuk digunakan sehingga memberikan keselesaan ketika membuat pengambaran.

Berikut adalah 10 fungsi tripod yang perlu diketahui oleh setiap fotografer:

Video-Camera-Tripod-PNG-File

1. Tripod berfungsi untuk meningkatkan ketajaman, dengan tripod mudah untuk kegunaan ISO rendah.

2. Lukisan cahaya (light painting)? atau dikenali sebagai teknik LONG EXPOSURE. Teknik fotografi ini juga menggunakan tripod, kerana dengan speed rendah, gegaran sekecil apapun akan tertangkap kamera. Untuk itulah tripod digunakan.

Hal ini berkaitan dimana sensor kamera harus dibuka dalam rentang waktu yang cukup lama dan tidak jarang mencapai angka maksium shutter speed yang tersedia di kamera.

3. Fotografi landskap, tripod sangat diperlukan untuk komposisi angel atau aturan rule of third, juga berfungsi untuk menahan gegaran atau mengambil gambar tempat-tempat yang tidak dapat dicapai oleh sang jurugambar.

4. Tripod juga membebaskan dari beban kamera apatah lagi jika kamera menggunakan lensa tele yang berat atau agak membebankan.

APA-FUNGSI-TRIPOD-APA-PERLUNYA-MENGGUNAKAN-TRIPOD.-45. Tripod penting untuk gambar panorama atau gambar High Dynamic Range (HDR), menetapkan kamera pada paksi atau titik yang sama.

Untuk menghasilkan sebuah foto HDR, perlu sebuah dudukan yang stabil selama waktu yang diperlukan tanpa merubah posisi arah lensa.

6. Untuk gambar kumpulan – gunakan tripod dan tetapkan timer pada kamera. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengambil gambar diri sendiri jika tidak ada jurugambar lain.

7. Astrofotografi : Gunakan tripod untuk mengambil gambar bulan, bintang atau jejak bintang (star trail).

8. Untuk foto makro – wajib memiliki tripod, agar dapat mengurangkan gegaran.

9. Tripod boleh jadi pembantu setia di mana-mana berada. Tripod boleh jadi pemegang flash atau reflektor dan tripod boleh jadi stand untuk frame pada majlis perkahwinan.

10. Tripod digunakan untuk menetapkan komposisi agar hasil yang terhasil lebih baik.

_DSC8131

APA-FUNGSI-TRIPOD-APA-PERLUNYA-MENGGUNAKAN-TRIPOD.-3

Advertisements