09dafc835e74f8ef5017f81dc77bf138Dunia fotografi semakin berkembang luas dan semakin canggih dengan kehadiran pelbagai jenis kamera compact digital atau Digital Single Lens Reflex (DSLR).

Kewujudan telefon pintar berkamera pada masa kini pula turut merancakkan lagi perkembangan dunia fotografi dan tidak hairan menyebabkan kamera bukan lagi menjadi medium atau peralatan utama untuk mengambil gambar.

Perkembangan ini boleh lihat di laman-laman perkongsian gambar atau laman sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram, kebanyakan gambar yang dimuat naik adalah melalui aplikasi telefon pintar kerana ia lebih mudah.

android-smartphones-email-clientDengan kemudahan dan kelebihan pelbagai aplikasi khusus untuk kamera telefon yang ditawarkan tidak menghairankan masyarakat banyak memilih telefon berbanding kamera atas alasan telefon pintar lebih praktikal dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja.

Namun begitu, walau secanggih mana sekalipun telefon pintar, kualiti imej yang dihasilkan terutama untuk kegunaan profesional masih belum dapat menandingi kamera DSLR terutama apabila mengambil gambar dalam sesetengah situasi seperti ‘low light’.

cell-phone-cameraJadi, mana satu pilihan anda? Kamera atau Telefon? Tepuk dada tanya selera hehehehe

BAGI saya…..jika anda mahukan kualiti gambar yang bagus, sebaik-baiknya pilih kamera TETAPI jika mahu terus memuat naik gambar ke laman sosial, telefon pintar dilihat lebih penting.

#Perkogsian_Ilmu                                                                                 Farik Salleh @MediaKota

 

 

kamera

Ingin belajar atau menganjurkan workshop asas fotografi hubungi Farik Salleh @MediaKota 013-7079525

 

Advertisements