Add-heading-3

TIPS FOTOGRAFI SMARTPHONE

  1. BERSIHKAN LENS

Telefon pintar atau smartphone biasanya tidak mempunyai lens cap seperti kamera/DSLR. Sehubungan itu, sebelum shot, ada baiknya bersihkan lens dengan kain yang bersih. Kalau tidak gambar akan blur disebabkan minyak atau kotoran.

  1. ELAKKAN PENGGUNAAN ZOOM DIGITAL

Elakkan guna zoom digital kerana ia akan menjadikan kualiti imej yang dirakam kurang menarik.  Jika ingin mendapatkan hasil foto yang lebih dekat dan bagus, lebih baik dekatkan telefon pintar atau smartphone ANDA dengan objek yang akan dirakam atau crop menggunakan photoshop atau mana-mana image editing software.

  1. NO FLASH

no_flash_iphone_500_400_v1Jangan terlalu seronok menggunakan flash pada smartphone ANDA kerana flash pada smartphone sangat tidak boleh diharap malah lebih banyak mencacatkan dari mencantikkan (red eye & muka nampak berminyak).

Melainkan ANDA tahu bagaiman hendak “diffuse” atau “bounce” cahaya dari flash. ANDA disarankan ubah setting kepada night mode tetapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi dengan menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.

Ada banyak sumber cahaya …..lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau dah takda pilihan, baru gunakan flash.

  1. GUNAKAN ISO

    ISO adalah tingkat sensitiviti kamera terhadap cahaya yang tersedia. Jadi semakin rendah angka ISO maka akan semakin kamera tidak sensitif terhadap cahaya dan biasa digunakan dikawasan terdedah dengan cahaya (outdoor), tetapi semakin tinggi ISO maka kamera akan semakin sensitif terhadap cahaya dan biasanya digunaka ketika dalam keadaan gelap (indoor) atau malam.

  2. GUNAKAN ALAT SOKONGAN

downloadSemasa mengambil gambar, pastikan anda menggunakan alat sokongan atau pegang telefon dengan kukuh bagi mengelakkan gambar menjadi kabur.

Tidak seperti kamera/DSLR, telefon pintar biasanya tidak mempunyai stabilizer kecuali  yang high end model. Justeru itu, jangan melakukan sebarang pergerakan ketika mengambil gambar kerana hal ini akan menjejaskan imej yang dihasilkan.

Gambar lebih mudah kabur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tidak underexpose.

 

6.SETTING ATAU MODE

DSC_4849Telefon pintar atau smartphone biasanya dihadirkan bersama pelbagai aplikasi kamera yang penuh dengan fungsi menarik.

Sesetengah model membolehkan anda mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.

Cuba mahirkan diri anda dengan semua fungsi setting atau ‘mode’ tersebut kerana ia kan membantu anda sewaktu anda memerlukan.

PANORAMA

Mode ini sangat sesuai untuk kita merakamkan sebuah pemandangan alam, seperti pegunungan atau lautan dan sebagainya.

Dengan mode ini kita dapat mengambil foto yang sangat luas dalam satu gambar namun tidak semua smartphone memiliki mode ini.

 

8e9625cbef27a543495b8fb16533072c--slow-shutter-cam-camera-apps7. FAHAMI SHUTTER SPEED

Ramai pengguna smartphone tidak memahami penggunaan shutter speed ini.  Shutter speed adalah lamanya waktu sensor kamera terkena cahaya.

Fast shutter speed digunakan sewaktu mengambil gambar objek bergerak. Gambar yang dirakam akan kelihatan seolah-olah berhenti, dengan pixel yang lebih detail serta lebih fokus, seperti ketika kita sedang melompat, berlari  dan sebagainya.

Slow shutter speed adalah memperlambat gerakan, ini sangat baik di gunakan ketika waktu malam atau mengambail gambar air terjun.

 

8. SEGALANYA KOMPOSISI

Komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smartphone yang ANDA gunakan. Cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan meniru dengan melihat  contoh-contoh yang ada di internet.

 

9. PENCAHAYAAN

Cahaya merupakan salah satu elemen terpenting dalam fotografi. Pastikan kita dapat mengatur cahaya sesuai dengan keinginan kita, dan jika perlu, sumber cahaya lebih dari satu sumber namun semua bergantung bagaimana kita ingin mengambil foto kita agar kelihatan menarik.

Apa yang paling penting kita harus memastikan sumber cahaya sama ada secara semulajadi atau buatan berada belakang ketika rakaman dibuat.

 

10. JANGAN EDIT KETERLALUAN

Sangat mudah hendak edit gambar dengan smartphone. Dengan pelbagai aplikasi khas untuk tujuan mengedit, pastikan anda menggunakannya dengan betul.

Anda tidak digalakkan mengedit gambar dengan keterlaluan kerana perkara ini boleh menjejaskan nilai sesebuah gambar.

 

11. KONGSI & KRITIK

nokia-lumina-928-camera-mKalau ANDA serius dalam fotografi, kongsi gambar yang terbaik sahaja. Ingat, mereka yang hebat dalam fotografi pun tak semua gambar yang diambik cantik, ada jugak yang tak menjadi, tapi diorang tak tunjuk kat siapa-siapa. Diorang hanya tunjuk yang terbaik sahaja.

Nak share kat mana? Cari platform yang popular seperti Instagram, Flickr atau 500px. Follow mereka yang korang rasa memang layak dipanggil photographer dan mintak komen. Dari situ boleh belajar banyak dan Insya-Allah boleh improve lagi.

*****

received_10207884641577453NOTA

TIDAK mustahil gambar dari smartphone boleh setanding dengan yang diambil dengan DSLR jika betul caranya.

Semoga Perkongsian ilmu ini memberi manfaat ………Caiyok !!

 

 

Advertisements