WORKSHOP ASAS FOTOGRAFI  #Perkongsian-Ilmu 

Semua orang tahu menggunakan kamera tetapi ramai yang tidak tahu malah menganggap remeh untuk mempelajari teknik memegang kamera dengan cara yang betul.

Dalam dunia fotografi adalah penting bagaimana cara kita memegang kamera dengan betul, kerana kamera DSLR/SLR lebih besar dan lebih berat dibandingkan dengan kamera poket atau smartphone.

Dengan teknik memegang yang baik, dapat membantu kestabilan dan mengurangkan gegaran (shake) sehingga hasil foto lebih tajam.

Oops ! Sebelum memulakan karya fotografi pastikan dan biasakan tali (strap) kamera digantung di leher atau lilit di lengan agar kamera tidak terlepas jatuh.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat….. Selamat Berkarya !!

Farik Salleh @Mediakota

Untitled Export8

 

TIPs memegang kamera dengan betul :-

 

TIPs 1 – SIKU RAPAT KE BADAN

Untitled Export9
Tangan kiri memegang kamera, sambil memegang grip zoom lensa manakala tangan kanan memegang bahagian shutter kamera selain berfungsi untuk memilih ‘setting’ kamera.

Rapatkan siku anda kearah badan dan hindari memegang kamera dengan lengan bebas kerana akan membuatkan pegangan pada kamera tidak stabil.

 

TIPs 2 – SATU TANGAN 

Untitled Export10JANGAN memegang kamera dengan satu tangan, kerana kedudukan kamera menjadi tidak stabil ketika anda menekan tombol shutter.

 

TIPs 3 – TUMPUAN DENGAN LENGAN

Untitled Export14
JANGAN memegang kamera dengan satu tangan, kerana kedudukan kamera menjadi tidak stabil ketika anda menekan tombol shutter.

Kamera boleh dipegang dengan satu tangan jika siku/lengan tangan lain sebagai penyangga (tripod) untuk menstabilkan kamera. Teknik ini juga boleh dipraktikkan ketika anda menggunakan speed perlahan atau ketiadaan penyangga (tripod).

 

TIPs 4 – KAMERA PADA POSISI MENEGAK (VERTICAL)

Untitled Export11Ketika merakam foto pada posisi menegak (vertical), pastikan kedua lengan/siku rapat ke badan atau dada agar pegangan kamera menjadi stabil ketika anda menekan tombol shutter.

Tangan kiri memegang lensa dan tangan kanan memegang badan kamera dengan jari telunjuk meremas lembut tombol shutter. JANGAN mengangkat tangan kanan ke atas karena akan menyebabkan gerakan pada kamera ketika tombol shutter ditekan.

 

TIPs 5 – MERAKAM FOTO PADA SUDUT RENDAH

Untitled Export13Untuk posisi duduk atau sudut rendah, anda harus meletakkan kedua kaki dalam kedudukan serta gaya tertentu agar tubuh dan kamera menjadi stabil.

 

TIPs 6 – PASANG KUDA-KUDA

Untitled Export12WAJIB memasang kuda-kuda ketika merakam foto khususnya pada posisi berdiri kerana bagi memastikan kesetabilan dan tidak mudah goyang sebelum anda menekan tombol shutter.

 

LAIN-LAIN

Untuk posisi-posisi yang lain bagi menambah nilai seni dalam merakam fotografi, ada kalanya kita memerlukan sudut kreatif seperti melakukan tiarap, baring, persekitaran seperti dinding, kenderaan, pohon, tiang littrik dan sebagainya.

Bagaimanapun prinsip utama penyusunan posisi tangan dan kaki adalah bagi menstabilkan posisi kamera.

Last sekali PENTING !!!….pastikan anda mengawal pernafasan sebelum memetik tombol shutter !!!

Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat buat kita semua…Selamat Berkarya beb !!! Caiyokkks

New folder (2)2

wallz

Untitled Export5a

kamera

Berminat belajar atau menganjurkan bengkel seni fotografi hubungi Mediakota di talian 013-7079525 

Advertisements