KOTA TINGGI 21 Sept.- Peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta diperlukan bagi membina serta menaik taraf Masjid Jamek Kampung Kelantan dekat sini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Berkata berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), telah meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membaik pulih masjid tersebut tetapi ianya tidak mencukupi.

Menurutnya, kami (kerajaan persekutuan) merasakan jumlah berkenaan tidak cukup dan disebabkan itu saya akan mendapatkan kelulusan peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta untuk membolehkan kerja-kerja naik taraf pembinaan masjid baharu di kampung tersebut.

_DSC6690“Pemberian peruntukan tersebut berdasarkan kepada keadaan masjid berkenaan yang telah beberapa kali ditenggelami banjir besar pada tahun 2006 dan 2007 lalu.

“Pembangunan semula masjid dengan menaikkan level daripada sedia ada agar tidak mudah dimasuki air banjir adalah perlu bagi memberi keselesaan dan kegunaan kariah di kampung ini,” katanya.

Beliau ditemui berkata demikian ketika membuat lawatan kerja di Masjid Kampung Kelantan, Kota Tinggi di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Taman Kemang. Mohd Shahril Abd Aziz, Pegawai Pembangun Persekutuan negeri, Mohd Azmir Mansor dan Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kota Tinggi, Rozaidi Ikhwan.

Halimah yang juga selaku Ahli Parlimen Tenggara berkata, tahun ini sebanyak RM18 juta telah diperuntukkan bagi membaik pulih masjid, sekolah agama dan pembinaan gerai perniagaan termasuk ditujuh tanah rancangan dalam kawasan tenggara.

“Saya berharap dengan peruntukan ini masyarakat dapat menikmati limpahan pembangunan oleh kerajaan Barisan Nasional seterusnya dapat menggunakannya dan dijaga dengan baik,” katanya.

 

Advertisements