This slideshow requires JavaScript.

KOTA TINGGI 18 Sept.- Jika berkunjung ke Kota Tinggi, Johor dan mencari tempat penginapan, Bayu Balau Beach Resort (BBBR) yang terletak di Tanjung Balau, Desaru di sini boleh dijadikan antara lokasi pilihan untuk melarikan diri daripada kesibukan kerja serta menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga tercinta.

Sebelum ini BBBR dikenali sebagai D’Balau Nelayan Chalet. Tanjung Balau, yang terletak di bahagian timur ne­geri ini amat terkenal dengan perkampungan nelayan dengan keindahan pantainya yang mampu memukau sesiapa sahaja.

ABD RAHMAN MURI (1)

ABD RAHMAN MURI

Ketua Pegawai Eksekutif Kejora Hospitality & Services Sdn Bhd (KHSSB), Abd Rahman Muri berkata, keunikan BBBR ialah pantainya yang menghadap Laut China Selatan yang menawarkan keindahan tersendiri sentiasa menjadi pilihan pengunjung tempatan dan luar untuk beriadah bersama keluarga, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

Katanya, bagi memenuhi permintaan industri pelancongan, BBBR tampil menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan mampu memuaskan hati pengunjung.

“BBBR memiliki 17 unit chalet, 6 unit dormitri, 2 unit ‘family room’ dan 8 unit bilik superior. Setiap bilik bercirikan konsep chalet kampung nelayan, unik dan selesa untuk di kunjungi.

chalet 1b“Chalet yang terletak di tepi pantai ini sering menjadi tumpuan terutama semasa musim cuti persekolahan termasuk cuti umum dan musim perayaan,” katanya lagi.

Menurut Abd Rahman chalet tersebut, dilengkapi dengan fasiliti seperti dewan, ruangan mesyuarat, taman permainan, kawasan beriadah dan café terbuka.

“Di samping itu, para tetamu dapat merasai keenakan makanan berkonsep eksotik dan selera kampung mengikut tempahan.

“Selain itu juga, terdapat pakej yang menarik di tawarkan seperti pakej hari keluarga, pakej seminar, pakej pelajar dan pakej mesyuarat dengan harga yang sangat berpatutan,” jelasnya.

CHALET 1Lokasi chalet ini hanya sepuluh minit ke Bandar Penawar dan pasaraya berhampiran. Persekitaran yang menenangkan dan penginapan yang selesa dan pastinya mengamit memori indah apabila berada di sini.

Selain menawarkan perkhidmatan hotel dan chalet, BBBR juga turut menawarkan perkhidmatan lain seperti penyediaan catering, sewaan apartment LGM ( Jangka masa panjang) dan sewaan homestay (jangka masa pendek).

HOTEL 1Dalam pada itu kami juga telah mengusaha dan mengambil alih sebuah hotel yang dahulunya dikenali sebagai Pelangi Balau Resort.

Pusat peranginan yang baru diambil alih pengurusan sejak tiga tahun lalu memang mempunyai keunikan tersendiri.

Selain memiliki 108 bilik yang terdiri daripada 80 unit standard, 8 unit Deluxe, 8 unit Family Deluxe, 10 unit villa, hotel ini turut di lengkapi dengan fasiliti seperti bilik diskusi, dewan,ruangan mesyuarat, ombak restoren dan kolam renang di lengkapi kolam mini bersaiz jakuzi yang memberikan keselesaan dan meningkatkan kualiti untuk memenuhi keperluan para tetamu.

a606d7_0dc3f81394a24962a3c29819c94af008-mv2Kawasan hotel ini berhampiran dengan pantai Tanjung Balau dan Muzium Nelayan Tanjung Balau. Di samping itu, para tetamu boleh merasai keindahan alam semulajadi dan di hotel ini menyajikan makanan berkonsep eksotik dan selera kampung.

Menjadi hidangan tumpuan bagi makanan eksotik seperti belangkas dan siput gonggong. Hotel ini juga menyediakan pakej yang menarik seperti pakej mesyuarat, pakej hari keluarga, pakej pelajar, pakej seminar dan menawarkan harga promosi sehingga akhir tahun hanya RM 150 untuk bilik standard.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi kami di talian 013 7289021 (Norazlina) dan 013 6536841 (Izahar) dan boleh layari laman web https://kejorahospitality.wordpress.com/ dan laman sosial Facebook: Bayu Balau Beach Resort Hotel .

Advertisements