x1KOTA TINGGI 14 Sept.- Akibat memuat naik komen yang menghina pasukan Polis Diraja Malaysia dalam laman sosial Facebook pada Ahad lalu, dua individu masing-masing dikenakan denda RM500 dan RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. (Khamis)

Kedua-dua tertuduh, Samsiah Jamaludin, 32, dan Mohammad Nazirul Mubin Khalib, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah memuat naik komen yang menghina pasukan polis trafik dengan menggunakan perkhidmatan laman sosial Facebook 10 September 2017.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(B) Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mohammad Nazirul turut dikenakan satu lagi pertuduhan kerana memiliki video lucah di dalam telefon bimbitnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Dia dikenakan hukuman denda RM1,000. Kedua-dua tertuduh membayar denda.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah yang dihubungi berkata, tiada individu yang boleh memperlekehkan tugas murni polis dan mana-mana agensi penguatkuasa yang melaksanakan tanggungjawab pada negara.

X3

x2

Advertisements