adela 1KOTA Tinggi 12 Sept.-             Sebanyak 120 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Adela bertemu buat kali kedua selepas 23 tahun menamatkan zaman persekolahan di sekolah tersebut di sini, baru-baru ini.

Biarpun tinggal di seluruh negara dengan keluarga dan tugasan masing-masing kumpulan pelajar yang dilahirkan pada tahun 1977 dan kini berusia 40 tahun itu sanggup meluangkan masa untuk bertemu dengan sahabat-sahabat selepas sekian lama berpisah.

Wakil kumpulan tersebut, Fauziah Misri berkata, pertemuan itu diadakan selepas lebih setahun kami berbincang dalam kumpulan laman sosial yang diwujudkan seperti WhatsApp atau Facebook.

adela 1aMenurutnya, ini merupakan perjumpaan kali kedua dimana kali pertama pertemuan semula diadakan pada tahun 2011. Selepas perbincangan kami semua bersetuju untuk mengadakan lagi pertemuan seperti ini dengan mengumpulkan lebih ramai sahabat-sahabat di zaman sekolah dulu.

Katanya, dalam pertemuan ini, kami mengenakan pakaian uniform sekolah bagi mengimbau kembali zaman remaja dahulu disamping bertukar-tukar fikiran mengenai keadaan semasa.

“Sebagai bekas pelajar kami tidak mungkin melupakan kenangan sepanjang tinggal di sini. Selepas berusia 40 tahun, kesemua kami mempunyai kehidupan masing-masing.

“Pengalaman ini juga membantu membentuk corak pemikiran dan kredibiliti kami sebagai insan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Dalam pada itu kami juga bersyukur kerana berpeluang bertemu semula dengan beberapa guru-guru yang masih ada kerana jasa dan bakti mereka tidak mungkin dapat dilupakan selamanya sehingga kami berjaya,” katanya.

 

Advertisements