NGETEH 1KOTA TINGGI 12 Sept.- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) akan mengadakan kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili untuk membangunkan pusat ternakan dan penetasan belangkas di Sedili Kecil disini.

Pengurus Besar Kejora, Norazman Othman berkata, pusat ternakan dan penetasan berkenaan merupakan satu-satunya yang terdapat dalam Malaysia sekali gus berpotensi menjadi tarikan pelancong.

“Ini adalah antara perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan pihak Kejora bersama wakil rakyat ADUN Sedili terutamanya untuk membangunkan kawasan dalam Zon Sedili,” katanya dalam satu kenyataan bersama media di sini.

_DSC7226Menurut Norazman, Kejora juga akan adakan kerjasama strategi lautan biru (NBOS) dengan LKIM Johor melalui PNK Sedili. Perbincangan lanjut akan dilakukan dengan LKIM Johor tentang hala tuju dan bentuk pembangunan yang boleh dikenal pasti dan dijadikan produk pelancongan.

“Disamping itu, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) juga akan memberi tambahan peruntukan untuk membangunkan lagi Wetlands Belukar Durian yang kini semakin menjadi perhatian pelancong.

“Manakala tempat lain seperti pusat kraftangan dan pusat pelancogan yang lain juga dalam perhatian dan perbincangan kita untuk dibangunkan. Jika kita perhatikan jalan belakang Tanjung Balau ke Sedili, bentuk muka bumi landskap perlu dibuat pembaharuan dan penambahbaikan agar dapat dijadikan satu kawasan agro pelancongan di Johor Timur melibatkan Kota Tinggi dan Mersing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Moh Ngeteh 2017 di Kampung Gembut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi di sini, semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedeli, Rasman Ithnain dan Ketua Kampung Tanjung Sedili Ibrahim Yahaya.

_DSC7278

Advertisements