JORAN 16 SEPT

KOTA TINGGI 12 Sept.-        Hadiah lumayan berjumlah lebih RM30,000 menanti kaki pancing dalam pertandingan memancing sempena sambutan Hari Malaysia 2017 di Sungai Johor di sini, Sabtu ini. (16 Sept)

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Joran Bagus dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta sebagai rakan program.

AZMI NAN

AZMI NAN

Penganjur yang juga pengarah Joran Bagus, Azmi Nan berkata, johan pertandingan akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 manakala tempat kedua dan ketiga pula membawa pulang wang tunai masing-masing berjumlah RM3,000 dan RM1,000.

“Bagi pemenang tempat keempat hingga ke 31 masing-masing akan membawa balik wang tunai antara RM50 hingga RM400.

“Turut ditawarkan hadiah wang tunai bagi kategori khas iaitu ikan Keli, Patin dan Udang yang mana hadiah tempat pertama RM100, kedua RM70 dan ketiga RM50 ,” katanya yang ditemui di sini.

Pertandingan yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang di Astaka Budaya Tun Sri Lanang itu turut menyediakan cabutan bertuah yang menawarkan 10 hamper dan peralatan memancing serta 300 helai Tshirt kepada para peserta.

Azmi berkata, setiap penyertaan dikenakan yuran RM70 untuk satu joran dan dijangka lebih 1,000 peserta akan menyertai pertandingan berkenaan.

Orang ramai yang ingin menyertai pertandingan tersebut boleh membuat pendaftaran secara atas talian di 551258510486 (Maybank D oran Bagus) dan hantar slip pembayaran ke aplikasi whatsApp +6016-7769174 atau hubungi talian 019-7154000 (Azmi) atau 012-7942836 (Haron) atau layari http:/www.facebook.com/JORANBAGUS

Advertisements