BREAKING NEWS @P155 TENGGARA

KOTA TINGGI 10 Sept.- Sebanyak RM100 juta diperuntukan untuk pembangunan dikawasan Parlimen Tenggara termasuk membangunkan pekan Batu Ampat dan juga di Bandar Tenggara.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, peruntukan berkenaan juga turut meliputi perancangan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) bernilai RM70 juta.

Menurutnya, projek PPR melibatkan pembinaan 500 unit rumah itu akan dimulakan tahun hadapan.

“Atas dasar keperluan masyarakat kita juga akan bina balai bomba gred C dengan anggaran kos anatar RM8juta hingga RM9 juta di Bandar Tenggara. Kemudahan ini akan turut dapat memberi perkhidmatan kepada kawasan sekitar berhampiran iaitu Kulai, Kuang Parlimen Sembrong

TELOR PINDANG

Iklan @Mediakota

“Selain itu kita akan bangunkan dataran tasik di Bandar Tenggara yang akan berikan satu kawasan riadah baharu kepada masyarakat bukan sahaja disini malah taman-taman, Felda dan kawasan penemptan berhampiran,” katanya.

Beliau ditemui berkata demikian sekepas membuat lawatan turun padang di Bandar Tenggara di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) Fizwan Mohd Rashidi dan wakil rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Yusof Ibrahim.

Halimah yang juga selaku Ahli Parlimen Tenggara berkata, pembangunan itu merupakan satu perancangan besar yang dimasukan dalam rancangan kawasan khas yang sesuai dengan rancangan tempatan daerah pihak berkuasa tempatan.

“Saya harap apabila perancangan pekan Batu Ampat dengan peruntukan RM30 juta dari KPKT yang sekarang sedang berlaku pembinaannya, di kawasan Bandar Tenggara ini juga akan turut sama dibangunkan.

“Apabila pembangunan ini dicampurkan PPR, balai bomba, dataran tasik dan pekan Batu Ampat ia bernilai RM100juta. Mudahan pembangunan yang berlaku ini akan memberi pulangan baik untuk kesejahteraan rakyat dalam Parlimen Tenggara,” katanya lagi.

 

 

 

Advertisements