KOTA TINGGI 4 Sept.- Sebanyak 21 ekor lembu korban disumbangkan pada Program Korban Perdana Pengerang 2017 yang diadakan di padang Dewan Komuniti Taman Bayu Damai, Pengerang di sini hari ini.

Sumbangan lembu korban tersebut adalah menerusi syarikat-syarikat dan agensi termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang, Petronas, Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Masjid Al-Falah RAPID, Pasar Malam RAPID, Badan Kebaikan Pekerja Petronas da Koperasi Pengerang Jaya (Kopeja).

PENGERANG 2Program yang bermula pukul 8.30 pagi dan melibatkan lebih 200 sukarelawan dan penduduk sekitar di sini bergotong-royong menyembelih dan melapah sebelum diagihkan kepada penerima terutamanya golongan kurang berkemampuan dan fakir miskin.

Yang Dipertua PBT Pengerang, Bukhari Abd Rahman berkata, secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja melengkapi tuntutan fardu kifayah dalam Islam, malah secara tidak langsung membolehkan kita berkongsi rezeki menerusi pengagihan daging korban ini dengan saudara-saudara kita yang kurang berkemampuan.

_DSC6931Menurutnya, kesemua lembu tersebut diagih dan diserahkan kepada pengelola atau wakil yang seterusnya mengagihkan daging korban tersebut di kawasan masing-masing kepada mereka yang layak.

“Kerjasama yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat sangat baik dan membanggakan kerana saya sudah menjangkakan penglibatan penduduk kampung banyak membantu kelancaran program ini.

“Kita berharap ia mampu memberi manfaat kepada penduduk beragama Islam di kawasan setempat,” katanya yang ditemui di majlis yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Syed Sis Abdul Rahman.

PENGERANG 3aDalam perkembangan lain Syed Sis menggesa pihak berkenaan supaya memantau dan mengambil tindakan terhadap pencemaran melibatkan tumpahan minyak yang sering berlaku di pantai khususnya di kawasan pelancongan dekat sini.

“Baru-baru ini belaku tumpahan minyak sehingga menyebabkan kotoran tompokan hitam (minyak) di sepanjang pantai Batu Layar dan Punggai.

“Justeru saya harap perkara ini dapat ditangani segera oleh pihak berwajib kerana mereka yang bertanggungjawab ini hendaklah dikesan supaya mereka itu boleh diambil tindakan,” katanya.

_DSC6959

_DSC7008

Advertisements