KOTA TINGGI 4 Sept.- Suasana ibadah korban di padang Dewan Komuniti Taman Bayu Damai, Pengerang di sini menjadi kecoh seketika apabila tiga ekor lembu yang ditambat terlepas sehingga menyebabkan orang ramai yang hadir pada program itu terkejut.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu, seekor daripada lembu tersebut terjatuh kedalam parit sedalam kira-kira empat meter dan berjaya dibawa naik menggunakan jengkaut kira-kira setengah jam kemudian.

_DSC6979Selang beberapa minit kejadian pertama berlaku dua ekor lagi terlepas dari tali tambat yang dipercayai putus dimana seekor daripadanya ‘naik minyak’ dan hampir mencederakan orang ramai termasuk seorang kanak-kanak yang terjatuh ketika menyelamatkan diri bersama bapanya.

Kemudian, seekor lagi lembu dilihat telah lari keluar dari kawasan padang dewan perumahan tersebut dan singgah di beberapa lokasi sebelum ia berjaya ditangkap semula oleh petugas ibadah korban dan orang ramai

Orang ramai yang dilihat panik pada awalnya bagaimanapun bersyukur kesemua lembu korban itu berjaya ‘dipujuk’ bagi meneruskan ibadah korban.

_DSC6991

 

Advertisements