KORBAN (3)#MEDIAKOTA

KOTA TINGGI 2 Sept.- Hari kedua sambutan Hari Raya Aidiladha terus diraikan dengan gotong royong melakukan Ibadah Korban Perdana Parlimen Tenggara di Felda Linggiu di sini.

Sebanyak 46 ekor lembu dikorbankan, sumbangan Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Halimah Mohamed Sadique kepada 17 perkampungan termasuk kampung tradisional, perkampungan orang asli dan program perumahan rakyat termiskin.

Turut diagihkan kepada 11 Jawatankuasa Perwakilan Penduduk dan lapan agensi termasuk Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Kota Tinggi, Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada) dan Sukarelawan P155 Tenggara.

TELOR PINDANG

Iklan @Mediakota

Beliau turut mengambil bahagian melapah dan dan mengagih-agihkan daging dalam program yang bermula pukul 8.00 pagi.

Program itu turut dihadiri Timbalan Speaker Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki dan Pentadbir Agama (Kadi) Daerah Kota Tinggi, Suhaimi Rebu serta pemimpin masyarakat kawasan parlimen tersebut.

Halimah yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, sikap bergotong-royong pada majlis itu menunjukkan semangat itu masih wujud di kawasan sini, yang dapat mengeratkan silaturahim penduduk setempat.

Kira-kira 300 masyarakat bergotong-royong melapah dan memotong daging korban tersebut sebelum diagih-agihkan kepada umat Islam di kampung masing-masing.

_DSC6758

 

Advertisements