JUARA (3)#MEDIAKOTA [Foto Kredit Yusri The Yus]

KOTA TINGGI 1 Sept.- Kontinjen Sukarelawan P155 Tenggara muncul juara keseluruhan pertandingan perbarisan kategori agensi bukan kerajaan (NGO) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat daerah ini yang diadakan di Padang Bukit Kerajaan Kota Tinggi di sini, semalam.

Kontinjen terdiri daripada seramai 96 orang sukarelawan itu telah dinobatkan juara keseluruhan apabila menyapu bersih tiga kategori (NGO) yang dipertandingkan iaitu sepanduk tercantik, kotinjen paling ramai dan keseragaman dan kekemasan pakaian terbaik.

Hadiah kemenangan berupa piala dan sijil disampaikan oleh wakil rasmi kepada Menteri Besar iaitu Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim.

Yang turut hadir menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan, iaitu Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Timbalan Speaker Negeri merangkap ADUN Panti, Datuk Baderi Dasuki, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Fizwan Mohd Rashidi dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr Badrul Hisham Kassim.

roziah sapawi

ROZIAH

Ketua Kontinjen Roziah Sapawi berkata, kejayaan itu merupakan usaha bersungguh-sungguh ahli kontinjen dengan mengadakan persiapan sejak tiga minggu lepas.

“Ini adalah kejayaan tiga tahun berturut-turut dimana pada tahun 2015 kami juara kategori pakaian dan perbarisan, manakala tahun 2016 kami memenagi kategori pakaian, sepanduk dan perbarisan tercantik.

“Kejayaan ini juga membuktikan semangat berpasukan dan sehati sejiwa ahli kontinjen dalam kalangan sukarelawan pelbagai peringkat usia,” katanya.

Advertisements