MAYAT BAYI PEREREMPUAN DALAM TONG SAMPAH

image

TAWAU 25 Ogos – Tidak berperikemanusiaan! Itu sahaja yang boleh dikatakan terhadap perbuatan dua lelaki membuang bayi perempuan berusia 22 minggu ke dalam tong sampah di kawasan perindustrian Batu 3, Jalan Apas, di sini awal pagi ini.

Tindakan kejam dua lelaki ter­babit membuang bayi berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dari kedai berhampiran.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, berdasarkan rakaman CCTV terbabit, deskripsi fi­zikal suspek gagal dikenal pasti.

“Bagaimanapun, kita giat memburu suspek yang dipercayai masih berada di daerah ini untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadil menambah, pihaknya tidak menolak kemungkinan salah seorang suspek lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan mayat bayi itu.

Tambah beliau, mayat bayi itu ditemukan oleh pekerja sebuah restoran berhampiran kira-kira pukul 10 pagi sebelum membuat laporan polis.

Katanya, bertindak atas maklumat, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan bayi dengan berat 200 gram dibungkus dengan plastik dibuang dalam tong sampah berwarna merah.

“Hasil bedah siasat mendapati bayi malang ini gagal hidup selepas dilahirkan kerana paru-parunya tidak dapat berfungsi de­ngan sempurna.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber – Utusan Malaysia
Advertisements

Got something to say? Go for it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: