rapidPENGERANG 25 Ogos – Seorang pekerja subkontraktor, maut selepas terjatuh dari ketinggian 20 meter di tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), di sini, semalam.

Mangsa lelaki itu yang difahamkan berasal dari Sarawak merupakan seorang pemasang perancah bertauliah, terjatuh dari ketinggian 20 meter dan maut di tempat kejadian.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu turut viral di laman media sosial Facebook  dan ada yang mendakwa ia adalah kejadian yang sering berlaku dalam tapak projek berkenaan.

Advertisements