2 MAUT KERETA DINAIKI TERBAKAR

WhatsApp Image 2017-08-24 at 22.55.05BATU PAHAT 24 Ogos – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 9, Jalan Kluang-Batu Pahat, di sini kira-kira pukul 8.30 malam tadi.


Mangsa yang maut ialah Mohd. Irwan Shah Mohd. Yusop, 36, dan anak perempuannya, Nur Shahzanani, 17, yang dipercayai turut terbakar 80 peratus dalam kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa dari arah Sri Gading menghala ke bandar Batu Pahat hilang kawalan di tempat kejadian.

imageEkoran itu, ujarnya, kenderaan terbabit melanggar penghadang jalan dan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Ford Fiesta.

“Kemudian, sebuah Honda Civic dari arah Batu Pahat cuba mengelak Ford Fiesta tetapi tidak berjaya dan melanggar belakangnya, manakala di arah bertentangan sebuah Proton Satria telah melanggar serpihan kereta mangsa yang maut.

“Akibat perlanggaran itu kedua-dua mangsa yang dipercayai terbakar dalam kenderaan mereka disahkan mati di tempat kejadian sebelum dikeluarkan pihak bomba,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Abdul Wahib, pemandu Ford Fiesta tersebut mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Advertisements

Got something to say? Go for it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: