KURSUS 1a#MEDIAKOTA KOTA TINGGI 24 Ogos – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) melalui Unit Ekonomi dan Uahawan terus mencari peluang membantu rakyat di bawah kelolaannya meningkatkan kualiti hidup menerusi penganjuran program e-Keusahawanan.

Penolong Pengurus unit tersebut, Mazlan Suratman berkata, kursus itu adalah satu usaha untuk membangunkan usahawan dengan matlamat utama iaitu melahirkan masyarakat yang berdaya saing.

MAZLAN SURATMAN (2)

MAZLAN SURATMAN

“Kita juga berharap masyarakat mengambil peluang yang disediakan agar mereka mampu meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing.

“Kursus-kursus yang dianjurkan adalah bertujuan membantu meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pemasaran digital berasaskan aktiviti ekonomi serta memberi pendedahan kepada generasi muda dan peniaga kaedah memasarkan produk melalui teknologi terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutup Kursus Celik IT – Ilustrasi Fotografi dan Iklan Produk di Kolej Komuniti Kota Tinggi di sini, semalam.

KURSUS 2Kursus satu hari dengan kerjasama Mediakota itu turut dihadiri pegawai Kolej Komuniti Kota Tinggi, Suhaila Md Noor dan Pengurus Izan Event Management & Consultant, Mohd Nizam Md Noh.

Menurut Mazlan, untuk tahun ini unit ekonomi dan usahawan Kejora telah menganjurkan lima jenis kursus e-Keusahawanan dan setiap kursus melibatkan 20 peserta.

_DSC5903Antara kursus yang telah dianjurkan ialah Kursus Asas dan Motivasi Keusahawanan; Kursus Pelan Perniagaan “Business Model Canvas (BMC)”; Kursus Penjenamaan; Kursus Perlabelan dan Pembungkusan Produk dan Kursus Celik IT – Ilustrasi Fotografi dan Iklan Produk.

Beliau mensasarkan penyertaan lebih ramai lagi usahawan pada kursus yang akan dianjurkan pada masa akan datang dan mereka yang berminat boleh mendaftarkan penyertaan dengan menghubungi beliau di talian 012-759 2272.

 

Advertisements