IKAN 1 (7)

Norazli Hairudin (kanan) ketika mengambil contoh ikan yang mati di Sungai Johor berhampiran Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota TInggi, di sini, semalam.

#MEDIAKOTA KOTA TINGGI 23 Ogos – Seminggu lalu kita dikejutkan dengan berita tular lambakan ikan di pantai Tajung Sedili dekat sini, bagaimanapun hari ini (semalam) sekali lagi dikejutkan beribu ikan mati akibat pencemaran air di Sungai Johor.

Pencemaran air sungai itu juga menyebabkan pendapatan lebih 30 nelayan di Kampung Orang Asli Sayong Pinang dekat sini di khuwatiri terjejas berikutan pencemaran yang berlaku di Sungai Johor menyebabkan beribu-ribu ekor ikan pelbagai spesies termasuk baung, lampam dan udang galah turut musnah.

IKAN 2 (4)Penduduk mendakwa, pencemaran itu dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa toksik dan bahan kimia daripada kilang-kilang yang beroperasi di sungai tersebut.

Tinjauan bersama beberapa penduduk berdekatan sungai di kampung tersebut menemui beratus ikan terdampar di beting pasir dan tebing sungai terbabit.

Seorang penduduk yang ditemui, Amat Royut, 74, berkata, kejadian itu dipercayai berlaku malam tadi dan kami hanya menyedari ketika hendak turun ke sungai pagi ini (semalam).

IKAN 2 (5)Menurutnya, kejadian itu boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun di sungai itu apabila beribu-ribu ekor ikan mati akibat pencemaran yang dipercayai berpunca dari aktiviti pembuangan sisa toksid dan minyak daripada kilang yang terdapat disepanjang sungai ini.

“Pendapatan kami yang bergantung kepada hasil tangkapan ikan sungai kini terjejas dan pencemaran ini akan mengakibatkan ikan pupus dan mengambil masa sekurang-kurangnya empat atau lima bulan untuk pulih semula.

IKAN 2 (2)Amat yang ditemui bersama anaknya, Azamain, 37, yang juga nelayan darat di situ kini terpaksa mencari dan membuat kerja lain bagi menampung kehidupan keluarganya untuk tempoh yang agak lama sebelum dapat turun semula ke sungai untuk menangkap ikan.

Sebelum pencemaran itu berlaku jelasnya, dia mampu meraih sebanyak RM40 hingga RM60 sehari daripada hasil tangkapan ikan di sungai berkenaan.

“Kami mahu pihak berkenaan menyiasat punca pencemaran ini dan jika betul ia berpunca daripada kilang berkenaan kami mahu tindakan tegas perlu diambil atau tutup terus kilang tersebut,” tegasnya.

Sementara itu, pegawai Pejabat Perikanan Daerah Kota Tinggi, Norazli Hairudin berkata, kehadirannya di lokasi berkenaan adalah untuk meninjau dan menyiasat punca-punca mengapa ikan tersebut mati.

“Buat masa ini kami akan membawa balik ikan tersebut untuk dianalisis dimakmal sebelum langkah dan tindakan seterusnya diambil,” katanya.

Advertisements