DSC_0890TELUR PINDANG sememangnya sinonim dengan kehidupan masyarakat Jawa di Johor malah menjadi makanan wajib yang menyatukan tuan rumah dengan tetamu dan saudara mara yang datang bertandang apabila ada majlis kenduri kendara.

Zaman dahulu, saudara mara akan datang untuk membantu apabila ada majlis kahwin. Biasanya mereka tinggal beberapa hari atau minggu untuk membantu sebelum pulang ke rumah masing-masing.

TELOR PINDANGKetika mahu pulang mereka akan dibekalkan ‘boncrot’ atau ‘barkat’ iaitu bungkusan makanan sebagai tanda terima kasih. Disebabkan perjalanan mengambil masa kerana tiada jalan raya seperti hari ini, telur pindang menjadi makanan terbaik untuk dibekalkan kerana ia tahan lama dan mengenyangkan.

Selain menjadi ikon muhibah masyarakat sejak zaman dahulu, telur pindang unik kerana boleh dibuat cenderamata dan diregukan dengan apa sahaja makanan selain dimakan begitu sahaja.

#KotaRasa

12274335_10208035729192045_2202229154401270215_n

UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI FARIK SALLEH 013-7079525 

Advertisements