IMG-20170821-WA0003#MEDIAKOTA KOTA TINGGI 23 Ogos – Seorang lelaki tidak sempat sampai ke tempat kerjanya apabila motosikal Honda Future ditunggang terlibat kemalangan di KM62.0 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.36 pagi itu, mangsa, Zamri Khamis, 33 beralamat di Felda Tenggaroh 1, Jemaluang, Mersing dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian dan memaklumkan kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa tidak sempat mengelak haiwan dipercayai babi hutan.

“Berikutan itu penunggang motosikal tersebut maut di lokasi dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat” katanya.

 

Advertisements