#MEDIAKOTA KOTA TINGGI 15 Ogos – Seramai 45 anggota Rejimen Pakar Air 60 RAJD (AW) Skuadron Johor melaksanakan projek memasang paip air bermula 7 hingga 21 Ogos di Kampung Baru Sungai Mas di sini.

Projek Jiwa Murni bersama Syarikat Air Johor (SAJ) Ranhill sempena program Latihan Kem Tahunan Rejimen Pakar Air 60 RAJD (AW) Siri 5/17 Zon Selatan itu di rasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) Penawar, Hamimah Mansor.

KAPTEN MOHD AZMAN MD SAM (1)

KAPTEN MOHD AZMAN

Pegawai Pemerintah, Kapten Mohd Azman Mohd Sam berkata, projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu ialah pemasangan paip UPVC PN 12 berukuran 100 milimeter (mm) sepanjang 560 meter di Kampung Baru Sungai Mas, Kota Tinggi dan paip yang sama sepanjang 740 meter di Kampung Bukit Gelugor Sungai Rengit, Pengerang di sini.

“Dua projek itu dikenalpasti bagi menyelesaikan masalah penduduk di kawasan berkenaan yang masih belum mendapat sumber bekalan air,” katanya yang di temui di sini.

HAMIMAH MANSOR (1)

HAMIMAH MANSOR

Sementara itu, Hamimah yang ditemui selepas majlis perasmian tersebut berkata, dia mengucapkan tahnia dan berterima kasih kepada anggota yang membantu masyarakat kampung yang memerlukan.

“Projek pemasangan paip i itu adalah bagi tiga buah rumah di situ terletak jauh daripada paip besar (retikulasi) sedia ada dengan penjimatan kos kira-kira 50 peratus daripada jumlah peruntukan sebenar.

“Dan matlamatnya samapai kerana dapat membantu rakyat dikawasan luar bandar yang saluran ataupun bekalannya lebih panjang lagi ukuran meter itu,” katanya.

Yang turut hadir Ketua Koperat Pengurusan SAJ Ranhill Sdn Bhd, Jamaluddin Jamil dan Pegawai Pemerintah Rejimen Jurutera RAJD, Mejar Mohammad Zairy Ahmad.

 

Advertisements