NOORHAFIZAH 1b#MEDIAKOTA KOTA TINGGI 15 Ogos – Seorang gadis yang akan melangsungkan perkahwinan pada 24 September depan sedang berusaha mencari bapa kandung­nya untuk menjadi wali pernikahan.

Noorhafizah Saimon, 24, bagaimanapun menghadapi kesukaran untuk mengesan bapanya, Simon Kastaji, 53, berikutan tidak mempunyai sebarang maklumat me­ngenai lelaki berkenaan.

Anak sulong daripada empat beradik itu berkata, ibunya, Rubiah Othman, 47, juga tidak mempunyai maklumat mengenai bapanya yang tidak pulang selepas balik ke negara kelahirannya di Jawa, Indonesia.

SIMON KASTAJI

SIMON KASTAJI

“Ketika itu saya baru berusia 10 tahun dan sejak itu ayah tidak pernah menghubungi kami sehingga saya kini berusia 24 tahun.

“Ibu pun tidak tahu sama ada ayah selamat sampai ke kampung halamannya atau tidak,” katanya ketika ditemui di sini.

Noorhafizah berkata, dia telah membuat permohonan kepada Mahkamah Rendah Syariah Kota Tinggi yang kemudian menetapkan prosiding pada 28 Ogos ini bagi membolehkan dia menggunakan wali hakim sekiranya tiada sebarang maklumat diperoleh me­ngenai bapa kandungnya itu.

Orang ramai yang mempu­nyai sebarang maklumat mengenai bapa kandung Noorhafizah diminta menghubunginya di talian 018-794916 atau 019-7371024 (Fazlina Meeat).

Advertisements