#MEDIAKOTA [KOTA TINGGI] 13 Ogos – Lebih 450 termasuk 25o nelayan berdatar dari empat kawasan perkampungan nelayan sekitar perairan Sungai Johor resah dan mengalami kerugian apabila tangkapan hasil laut merosot berikutan kejadian tumpahan minyak akibat sebuah kapal yang berlaboh berhampiran jambatan Desaru – Senai dekat sini, tenggelam sejak Khamis lalu. (10 Ogos)

Ketua Komuniti Nelayan Teluk Sengat, Ibrahim Ahmad, 58, berkata, empat
perkampungan nelayan yang terjejas adalah Kampung Johor Lama, Kampung Teluk Sengat, Kampung Tanjung Buai dan Kampung Sungai .

IBRAHIM AHMAD

IBRAHIM AHMAD

“Selain kami nelayan, turut terjejas adalah nelayan ternakan rumah rakit di sini,” katanya yang di temui di sini.

Menurut Ibrahim, kejadian minyak tumpah disedari pada kira-kira pukul 2.00 petang Khamis lalu ketika dia turun kelaut menangkap ikan.

Katanya, dia terlihat tumpahan minyak daripada sebuah kapal yang berlabuh (milik syarikat tidak pasti) dipercayai tenggelam kira-kira 200 meter jaraknya dari jambatan Desaru – Senai dekat sini.

“Berikutan tumpahan minyak ini menyebabkan hasil tangkapan kami berkurangan. Bukan hanya mata pencarian kami nelayan tetapi kehidupan alam sekitar di sini.

KAPAL 4“Jadi kita berharap pihak berkenaan mampu menangani masalah ini selain memberikan bantuan kepada kami yang terjejas ini,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Sengat di sini.

Tinjauan di kawasan tersebut semalam, mendapati kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan, cuma masih terdapat banyak kesan minyak hitam di permukaan laut yang dilihat boleh menjejaskan peralatan menangkap ikan.

KAPAL 1Kelihatan juga dua buah bot milik Maritim dan Lembaga Pelabuhan Johor berada di perairan tersebut.

Yang turut sama ke kawasan lokasi tumpahan minyak tersebut ialah Ketua Kampung Johor Lama, Mohd Noor Atan.

Ibrahim turut meminta pihak berkenaan supaya memantau kapal yang belabuh di situ didakwa sering membuang sampah sarap termasuk tong minyak dan barang lusuh di perairan tersebut.

KAPAL 3aRakan Ibrahim, Nazri Ahmad, 38, berkata, dia tidak pasti sama ada dalam seminggu ini, mereka (nelayan) akan dapat turun ke laut.

Menurutnya juga, terdapat juga nelayan yang turun ke laut dan mendakwa jala-jala mereka telahpun rosak berikutan kejadian itu.

“Kami berharap pihak persatuan dapat mengambil tindakan susulan termasuk meminta ganti rugi bagi membatu kami (nelayan) yang terjejas,” katanya.

Advertisements