MAUT#MEDIAKOTA11 Ogos –                 Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar dua kereta di Kilometer 37.0 Jalan Kota Tinggi – Kluang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Ahsmon Bajah berkata, pada kejadian 8.20 malam itu, mangsa Amirullah Salim, 39, maut di tempat kejadian.

AMIRULLAH SALIM

AMIRULLAH SALIM

Difahamkan mangsa ketika itu dari Taman Impian Emas, Kluang, dalam perjalanan ke rumah ibunya sebelum kemalangan di hadapan Ladang Cenas Bandar Tenggara.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari arah Kluang menghala ke Kota Tinggi itu terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Berikutan itu, mangsa jatuh ke atas jalan raya di laluan bertentangan dipercayai kerana mahu mengelak sesuatu yang dipercayai seekor binatang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements