PASANGAN MAUT TERKENA TAYAR LORI TERCABUT

17408416_1072144812929142_1055561880_o

#MEDIAKOTA 10 Ogos – Sepasang suami isteri yang sedang menaiki sebuah sku­ter maut selepas terkena lantunan tayar lori yang tercabut di Kilometer 10, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pu­kul 10.50 pagi ketika mangsa, Azizan Sahari, 42, dan isteri­nya, Nor Baiti Awang, 44, dalam perjala­n­an pulang dari Klinik Kesihatan Juasseh selepas mendapatkan rawatan penyakit lelah untuk Nor Baiti.

Difahamkan, dua buah tayar sebelah kanan sebuah lori yang sarat muatan pasir sedang bergerak dari arah Batu Kikir ke Kuala Pilah tercabut lalu melantun dan menghentam mangsa yang menaiki motosikal di jalan bertentangan.

Azizan yang bekerja sendiri di Batu Kikir dan isterinya yang merupakan pekerja pembersihan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol ercampak ke pagar duri sebuah ladang di tepi jalan berke­naan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superin­tenden Syahrul Anuar Abd Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, namun siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori berkenaan dibebaskan selepas keterangannya diambil oleh pihak polis.

Kedua-dua mangsa mempunyai tiga anak lelaki dan dua anak perempuan masing-masing berusia antara 12 hingga 22 tahun.

 

Advertisements

Got something to say? Go for it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: