WhatsApp Image 2017-08-09 at 09.20.47

#MEDIAKOTA 9 Ogos – Dua rentung manakala dua lagi cedera apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung di Kilometer 51 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, tengah malam tadi.

Mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang kereta Toyota Wish namun identitinya masih belum dikenal pasti.

Sementara pemandu dan penumpang kereta yang satu lagi mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan.

Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Toyota Wish dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku perlanggaran.

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua buah kereta terbakar menyebabkan pemandu dan penumpang Toyota Wish rentung.

Foto Ihsan – JBPM

 

Advertisements