ASIAH 1aKOTA TINGGI 8 Ogos #MEDIAKOTA –      Aliran dagangan negara terutamanya dalam sektor pengeluaran makanan masih lagi dalam defisit dan usaha berterusan dalam menambah hasil pengeluaran ini perlulah ditingkatkan oleh usahawantani.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Asiah Md. Ariff berkata, pihak kerajaan dan usahawantani juga perlu bersama-sama memperhalusi dan mencari sumber lain bagi mengurangkan kebergantungan yang terlalu tinggi kepada import makanan sektor ternakan.

IKLAN 2

iklan @mediakota

“Sememangnya makanan adalah keperluan utama manusia dan perlu diberi perhatian serius. Dengan bekalan yang mencukupi dan selamat ini dapat menjamin kelestarian masa depan negara.

“Dalam pada itu peranan jabatan dan agensi yang berada di barisan hadapan amatlah diperlukan dalam memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada usahawantani dalam mengeluarkan hasil pertanian dan ternakan negara seperti penganjuran program ini secara berterusan,” katanya.

ASIAH 2Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Muafakat Tani DUN Johor Lama di Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech), Asman Shah Abd Rahman, wakil Pegawai Daerah Kota Tinggi, Zainal Eran dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Fizwan Rashidi.

_DSC5295Asiah yang juga selaku ADUN Johor Lama berkata, seramai lebih 5,000 pengunjung sekitar daerah Kota Tinggi dan daerah-daerah berhampiran mengunjungi program yang diadakan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Ogos.

“Dengan sasaran pulangan melebihi RM50 melalui kutipan jualan daripada 40 lot jualan produk usahawan dan 24 gerai pameran agensi yang disediakan.

“Usahawan tempatan turut mengambil peluang membuka dan meluaskan jaringan perniagaan mereka melalui program ini,” katanya.

 

 

Advertisements