HUKUMAN MATI DIKAJI SEMULA – Berhubung kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Kabinet memutuskan supaya Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula khususnya bagi sabitan kesalahan melibatkan hukuman mati mandatori.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu bertujuan memberi ruang budi bicara kepada hakim dalam menjatuhkan hukuman.

“Tetapi mungkin peruntukan yang sedia ada menyebabkan hakim tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman mati.

Beliau menjawab soalan P. Kas­thuriraani (DAP-Batu Ka­wan) yang meminta Perdana Menteri menyatakan tentang pindaan kepada Seksyen 39B akta tersebut yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman gantung mandatori.

Azalina menambah, kementerian serta agensi yang berkaitan seterusnya akan menyediakan Memorandum Kabinet yang baharu bersama-sama dengan cadangan pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk pertimbangan dan kelulusan Kabinet.

Dalam perkembangan ber­kai­tan, beliau memberitahu, seba­nyak 651 banduan yang juga rakyat tempatan telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati di negara ini sejak 1992.

“Daripada jumlah itu, seba­nyak 398 orang disabitkan hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Sumber – Utusan Malaysia
Advertisements

Got something to say? Go for it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: