DITETAK ISTERI AKIBAT MAHU POLIGAMI

image

KUALA KRAI 8 Ogos – Seorang isteri yang berang mendengar suaminya mahu berpoligami bertindak menetak kepala lelaki itu dengan sebilah pisau pemotong sayur di rumah mereka di Kampung Manek Urai Lama, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, mangsa berusia 55 tahun cedera dan menerima 15 jahitan di bahagian kepala, dahi dan lengan kanan.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj ketika mengesahkan kejadian tersebut berkata, si isteri bertindak menetak suaminya ketika lelaki itu sedang berbaring.

“Sebelum itu, si suami dikatakan menyuarakan hasrat mahu berkahwin lagi menyebabkan wanita berusia 56 tahun itu naik angin dan menetak mangsa.

“Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat mana-mana pihak setakat ini. Difahamkan, pasangan tersebut sudah berbaik semula,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber – UTUSAN ONLINE

 

Advertisements

Got something to say? Go for it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: