SHAHRIZAT 1aKOTA TINGGI, 5 Ogos #Mediakota –         Ahli UMNO diingatkan supaya bersiap sedia untuk berdepan pelbagai angkara yang akan dimulakan pihak pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14 ( PRU14) ini.

Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata ahli UMNO perlu waras dan rasional apabila mendengar apa-apa cerita fitnah yang dibawa pembangkang termasuklah jangan memperbesar-besarkannya.

Menurutnya, momentum persiapan mantap berdepan PRU14 yang diperlihatkan Barisan Nasional (BN) di peringkat tertinggi, sayap dan bahagian membuatkan pihak pembangkang khuatir dan takut.

SHAHIZAT 6“Saya lihat momentum PRU14 di bawah kepimpinan utama kita, Wanita, Pemuda dan Puteri apatah lagi peringkat bahagian, kian mantap persiapan dilakukan menyebabkan pembangkang takut dan khuatir.

“Sebab itu mereka cari pelbagai jalan. Kita sebagai ahli UMNO jangan melatah. Perpaduan kita adalah benteng kuat, paling utama untuk membawa kemenangan nanti sebab kekuatan UMNO adalah kesatuan antara kita, perkhidmatan kita kepada rakyat, kesucian perjalanan kita inilah yang ditakuti pihak pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba dan ketua-ketua sayap bahagian tersebut iaitu Datin Salasiah Idris (wanita), Hahasrin Hashim (Pemuda) dan Adibah Safar (Puteri)

Shahriza berkata, jika hendak dibandingkan dengan pihak pembangkang mereka kini berada dalam keadaan huru hara lebih lagi pada hari ini dapat dilihat siapa yang mengemudi pembangkang._DSC5355

 

Advertisements