SABAR 2bKOTA TINGGI 5 Ogos #Mediakota –      Jemaah haji perlu bersyukur dan berusaha untuk memastikan peluang keemasan menjadi tetamu Allah tidak dibiarkan sia-sia begitu sahaja.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, hargai peluang yang diberi de­ngan mempersiapkan diri untuk perjalanan ibadah di dua tanah suci itu.

Menurutnya, kekuatan fizikal dan mental amat perlu selain sabar dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan terutama pada hari-hari penting dalam ibadah termasuk di Arafah dan Mina.

IKLAN 5

Iklan @Mediakota

Katanya, dalam keadaan cuaca panas yang berbeza dari negara ini, bersedialah untuk menjaga kesihatan dengan baik.

“Sebagai tetamu Allah mereka perlu ikhlas bagi melaksanakan ibadah tersebut dan bukannya berasa riak, sombong atau bangga kerana terpilih untuk ke Mekah.

“Namun apa yang pasti kejayaan seorang jemaah haji untuk mendapat haji mabrur ialah keikhlasan. Beribadahlah semata-mata kerana Allah SWT dan menyerahkan segala keyakinan kepada-Nya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Meraikan Bakal Haji dan Hajah Parlimen Kota Tinggi di Masjid Al-Hadi Kampung Makam di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Kampung Makam, Muhammad Samin Jaji dan Imam Masjid Al-Hadi, Kampung Makam, Ustaz Farhan Mohd Salih.

Pada majlis itu Ehsanuddin menyerahkan sumbangan kepada 127 bakal haji dan hajjah yang diraikan.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements