20374487_10155705566650854_8923416318152983042_nKOTA TINGGI 5 Ogos #Mediakota –   Polis menafikan kemalangan melibatkan seorang jururawat selepas kereta Perodua Axia dipandu terbabas di Felda Semenchu di sini, baru-baru ini adalah akibat stereng terkunci.

Sebaliknya, siasatan dijalankan polis mendapati pemandu mengelak daripada melanggar seekor kucing yang melintas dari kiri jalan.

IKLAN 3

Iklan @Mediakota

Ketua Polis Daerah Kota Superintendan Ashmon Bajah berkata, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang yang menimpa jururawat berkenaan tidak ada kaitan dengan kegagalan stereng kenderaan dipandunya.

Menurutnya, mangsa, Saidatul Atikah Shabandi, 24, yang dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Semenchu dari Felcra Sungai Layau itu menjadi tular di media sosial mengaitkan dengan masalah stereng terkunci secara tiba-tiba.

“Kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke kanan jalan dan menjunam beberapa meter di pekarangan sebuah rumah penduduk.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mengesahkan tiada penghuni rumah yang mengalami kecederaan dalam insiden itu,” katanya.

kereta-axia-dipandu-jururawat-terbabas-bukan-kerana-stereng-lock

Advertisements