KOTA TINGGI 5 Ogos  #MEDIAKOTA –          Ibu dan anak maut apabila kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 63.3 Lebuhraya Senai-Desaru kira-kira pukul 6.45 pagi semalam.

Mangsa Awa Ismail, 68 dan anaknya Amiruddin Mohamed, 25 dari Felda Sungai Mas dekat sini dipercayai dalam perjalanan ke Melaka untuk menghantar duit hantaran perkahwinan yang dijangka berlangsung November ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu jenis Proton Gen 2 dengan lori jenis scania.

 

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dari arah Cahaya Baru menghala ke Desaru cuba memotong kenderaan dihadapannya namun melanggar Proton Gen 2 yang datang dari arah bertentangan.

 

“Berikutan kemalangan itu menyebabkan pemandu dan penumpang belakang Proton Gen 2 maut serta seorang lelaki yang duduk dibahagian penumpang hadapan kereta berkenaan selamat.

“Manakala pemandu lori berusia 48 tahun dari Pasir Gudang juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mayat ke dua-dua mangsa dibawa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Advertisements