_DSC4533KOTA TINGGI 2 Ogos #MEDIAKOTA – KEMUNCULAN banyak restoran makanan Arab sekarang ini bagai satu fenomena bagi memenuhi selera masyarakat tempatan.

Makanan Arab khususnya paling popular nasi Arab, walaupun harganya agak mahal tetap dicari orang kerana keenakan dan menepati cita rasa.

 

Antara yang semakin mendapat perhatian khususnya di kalangan penduduk sekitar Kota Tinggi ialah Restoran Ali Baba, yang terletak di No. 7, Jalan Berlian Utama 1, Taman Daiman Jaya, 81900 Kota Tinggi, Johor.

12553037_1508250429481090_3083246842791615619_n

Mula beroperasi sekitar Februari 2016, menurut Pengurusnya, Rohman Ahmad, Restoran Ali Baba menyediakan pelbagai sajian, bermula dengan pembuka selera hinggalah pencuci mulut.

Tambahnya, apa yang cuba ditampilkan ialah masakan asal menggunakan resipi asli negara Arab. Kami menggunakan perkhidmatan cef yang berasal dari Mesir untuk memberikan cita rasa sebenar Arab.

“Dulu masyarakat kita hanya berpeluang merasai makanan Arab ketika menunaikan haji atau umrah di Mekah.

“Sekarang ini ia boleh dinikmati pada bila-bila masa kerana semakin banyak restoran menawarkan sajian ini,” katanya di temui di restorannya baru-baru ini.

This slideshow requires JavaScript.

Antara hidangan Arab yang cukup sinonim dalam di restoran ini adalah nasi Mandy, Kabsah, Maqluba dan Bukhari sama ada pilihan ayam atau kambing, roti Arab dan pelbagai lagi.

13139093_1539183636387769_8394866468699144990_nSelain keenakan rasa hidangan, harga ditawarkan di Restoran Ali Baba juga lebih berpatutan.

“Kami juga menerima tempahan dan katering untuk pelbagai acara. Jika hidangan diminta untuk kumpulan yang ramai, makanan dihidang dalam dulang seperti tradisi orang Arab,” katanya.

Dalam pada itu sebagai memberi pilihan kepada setiap pengunjung yang datang, restoran tersebut juga menyediakan masakan arabic seafood grilled, kofta beef, shawarma dan pizza.

Malah, Restoran Ali Baba juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti surau, wifi secara percuma, dewan seminar berhawa dingin dan sebagainya.

Dibuka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam, bagaimanapun setiap hari Isnin restoran ini akan ditutup.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi melalui aplikasi whatsApp 010- 666 5626 atau telefon 07-883 6500.

 

Advertisements