_DSC4948KOTA TINGGI 1 Ogos #MEDIAKOTA –              Seramai 500 belia dalam Parlimen Kota Tinggi disasarkan untuk terlibat dalam 13 kursus kemahiran yang ditawarkan melalui pusat khidmat parlimen berkenaan sekali gus berpeluang mendapat pekerjaan di Rapid Pengerang.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, sasaran itu diletakkan selepas seramai 16 peserta yang mengikuti kursus asas pemasangan perancah baru-baru ini telah berjaya memperolehi peluang pekerjaan di kawasan ‘lubuk emas’ itu.

KERJAYA 2Menurutnya, usaha dilakukan itu secara tidak langsung memberi peluang kepada anak muda dalam kawasan itu menjadi orang yang berkemahiran, berilmu dan berdisiplin.

Katanya, apa yang lebih penting ialah memberi nilai kepada diri peserta  melalui sijil yang diperolehi dari kursus disertai.

“Hasil gabungan peranan seperti wakil rakyat, agensi serta pihak berkenaan, peluang yang berada di Pengerang dapat diterjemah kepada sesuatu yang bermanfaat buat golongan belia di parlimen itu.

“Bagaimanapun sekiranya golongan belia sendiri yang tidak mahu turut serta dan mengambil peluang itu, maka mereka memilih untuk menjadi tercicir dan gagal,” katanya..

 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kesyukuran Sempena Kejayaan Peserta Kursus Kemahiran Asas Pemasangan Perencah Belia Parlimen Kota Tinggi di Hotel Mayres Kota Tinggi, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Shaidon Borhan, Konsultan Latihan Oil & Gas, Mohamad Khairudin Ahmad, Senior Associate Industrial Manpower JPDC, Mohd Nazri Shamsudin, Pegawai Belia dan Suka Daerah, Normala Daman.

20170726_072141 (1)Lensa Fz 1

 

 

Advertisements