20170731_125016KOTA TINGGI 31 Julai #MEDIAKOTA –            Seramai 60 anggota dari pelbagai agensi menyertai operasi memusnahkan 3,000 anak pokok kelapa sawit yang ditanam di tanah ceroboh milik kerajaan dekat Mukim Ulu Sungai Sedili Besar, dekat sini hari ini.

Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Zainal Eran berkata, operasi memusnahkan membabitkan anggota dari Pejabat Tanah Daerah (PTD), Pejabat Tanah Galian (PTG), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pejabat Hutan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) sekali gus menjadikan ia operasi terbesar dilakukan tahun ini.

20170731_130026

Zainal Eran

Menurtnya, operasi memusnahkan melibatkan tanah seluas 24.61 hektar (60.8 ekar) yang dijangka selesai dalam tempoh tiga hari turut membabitkan sebuah bangunan menjadi tempat tinggal pekerja serta sebuah reban ayam yang dibangunkan dikawasan itu.

Katanya, berdasarkan pemerhatian kerja menanam pokok sawit itu telah dimulakan sejak kira-kira tiga tahun lalu melihat daripada ketinggian pokok sawit berkenaan.

20170731_130105“Operasi dilakukan adalah susulan daripada aduan diterima tahun lepas dan pendekatan sudah diambil pihaknya dengan mengeluarkan notis awal.

“Notis berkenaan diberikan tahun lalu meminta pihak penceroboh menghentikan segala operasi tanaman dilakukan dan mengosongkan kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun kita dapati notis dikeluarkan tidak diendahkan sebab itu kita laksanakan operasi ini. Namun sayangnya kita tidak dapat tangkap penceroboh berkenaan kerana apabila kita ke kawasan ini tiada sesiapa yang ada.

20170731_130509“Kita anggarkan penceroboh ini sudah menghabiskan lebih RM100,000 sebagai modal benih pokok, membina kemudahan yang ada disini serta untuk kerja pembersihan,” katanya lagi

Jelasnya, penceroboh berkenaan juga menggunakan taktik dengan menanam pokok sawit sama tinggi dengan ladang persendirian terletak bersebelahan tanah itu untuk mengaburi mata orang yang melalui kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Zainal turut meminta kepada siapapun termasuk orang awam agar tidak mengambil tindakan sendiri melakukan pencerobohan tanah sesuka hati.

“Kita ada peraturan undang-undang kalau menceroboh dibawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.

“Siapa didapati bersalah boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan setahun penjara. Seandainya ada penceroboh yang melakukan perkara tersebut sekiranya tindakan diambil jangan salahkan kerajaan. Kita hanya menjalankan undang-undang,”katanya.

Lensa Fz 1

 

Advertisements