FB_IMG_1501294358826KOTA TINGGI 29 Julai @MEDIAKOTA  –    Program Zero Crime & Anti Bullysm Peringkat Daerah Kota Tinggi anjuran Pemuda MIC Bahagian Kota Tinggi dilihat berjaya mengubah persepsi dan pandangan terhadap sesuatu kaum.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, program turut melibatkan kepimpinan masyarakat itu jelas amat baik terutamanya dalam menunjukkan kerjasama padu diantara penduduk dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

FB_IMG_1501294376083“Pihak polis sebagai penguatkuasa yang menjaga keamanan sememangnya kita mahukan lebih banyak penglibatan masyarakat untuk bersama membantu polis bagi memastikan keselamatan di daerah ini dalam keadaan baik.

“Program seperti ini jugalah yang diperlukan serta dapat mengubah persepsi dan meninggalkan pandangan kurang senang terhadap sesuatu kaum.

FB_IMG_1501294369850“Tambahan pula persepsi adalah pandangan individu dan kadang-kadang individu ini pun tidak tahu kebenaran tentang sesuatu perkara. Bila adanya program macam ini juga dapat tunjukkan keadaan keselamatan disini adalah baik,”katanya selepas merasmikan program yang dianjurkan di Dewan Taman Kota Jaya, malam kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pemuda MIC Kota Tinggi, B Subramaniam, Pengerusi MIC Bahagian Kota Tinggi, S. Vadeveloo, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Daerah Kota Tinggi, Mohd Ali Piee.

 

Foto Kredit : Mohd Hafiz Hamdan

FB_IMG_1501294346141Lensa Fz 1

Advertisements