FERTIGASI 1KOTA TINGGI 29 Julai #MEDIAKOTA –  Usahawan negeri ini dinasihatkan agar tidak lokek untuk berkongsi formula dan ilmu kejayaan dengan pihak lain kerana mampu melahirkan lebih ramai pengusaha berjaya dalam bidang berkenaan pada masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Mohamed berkata, mereka tidak perlu takut untuk berkongsi kerana usaha tersebut akan menghasilkan kejayaan yang lebih besar.

“Kalau kita ada produk dan satu formula jangan lokek, kena kongsi dengan orang lain. Kita kena yakin perkongsian itu akan membuahkan hasil dan kejayaan.

FERTIGASI 2 (1)“Malah ia menjadi salah satu resepi kejayaan bagi usahawan berjaya yang ada. Kita lihat mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan mempunyai niat keikhlasan bukan sekadar hendak bantu tetapi bersedekah atau memberi peluang kepada orang lain untuk berjaya juga perniagaan mereka makin bertambah luas,” katanya semasa merasmikan Pusat Sehenti Fertigasi Kampung Felda Semenchu, di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Ismail turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) diantara E Office Agro Plantations dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) serta Jabatan Pendidikan.

Beliau juga turut menyampaikan sijil bantuan kursus asas dan set mini fertigasi kepada sekolah rendah, sekolah menengah dan program pendidikan khas daerah Kota Tinggi.

FERTIGASI 2 (2)Lensa Fz 1

 

 

Advertisements