DSC_5879KOTA TINGGI 28 Julai #MEDIAKOTA –     Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dicabar untuk bertanding di Parlimen Pengerang terlebih dahulu jika benar bercita-cita mahu menawan 15 kerusi parlimen dalam Johor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Rafizi bukan orang negeri ini jadi beliau tidak faham politik orang Johor yang sentiasa menyokong BN dan berkiblatkan Umno.

271904896222605980krBZFWigcMenurutnya, tindakan pihak pembangkang dan Rafizi yang bercakap hendak menawan Johor adalah sekadar ‘berangan’ kerana perkara sama juga boleh diperkatakan semua orang.

“Tetapi bagi saya, ukuran sebenar adalah pilihan raya dan ketika pilihan raya, saya pasti rakyat lebih bijak malah saya yakin kawasan-kawasan yang ditawan pembangkang dahulu, akan kembali kepada BN.

“Mungkin dia boleh cuba bertanding di Pengerang untuk tahu menang atau kalah adat bertanding tetapi lawan tetap lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat Pakatan Harapan untuk memenangi sebanyak 50 kerusi Parlimen pada PRU-14 kelak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 Peringkat Parlimen Pengerang di Stadium Mini Bandar Penawar, di sini baru-baru ini.

Pada awal bulan ini, Rafizi berkata sebanyak 15 daripada keseluruhan kerusi itu adalah di Johor antaranya Parlimen Johor Bahru, Pasir Gudang, Tebrau, Sembrong, Tanjung Piai, Labis, Segamat, Sekijang, Pulai dan Sri Gading.

DSC_5880Lensa Fz 1

Advertisements